Sunday, December 16, 2007

KAMBING KACUKAN KALIS PENYAKIT







Masih belum cukup. Malaysia masih mengimport lebih 500 ribu kambing setahun. Kita cuma menghasilkan 200 ribu ekor setahun. Tambahlagi bila tiba Raya Korban. Banyak usaha dibuat untuk menampung permintaan ini. Penyelidikan bioteknologi juga telah diperhebat. Prof Dr Ramli (gambar) dari UM juga telah menjalankan kajian untuk menghasilkan baka baru kambing, yang juga tahan penyakit.Ia hasil kacukan baka tempatan jenis Katjang dengan baka jantan dari Jerman German Fawn. Ia dinamakan Jermasia.

Risda dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan kini sudah pun menjalankan projek pembangunan kambing Jermasia yang dilaksanakan di Kampung Awah, temerloh dan Kuala Pah, Jelebu Negeri Sembilan.Jermasia juga dijadikan bahan bagi projek Rural Wealth Creation untuk membantu golongan termiskin.



No comments: